Showing posts with label # Renungan. Show all posts
Showing posts with label # Renungan. Show all posts

Friday, July 15, 2011

# Petua Menambat Hati Isteri

Ramai laki kate susahnye nk phm prempuan ni...complicated sgt la...bende kecik pn nk bsrkn...hmm..nk wat camne, prempuan secara semulajdinye memang dijadikan sbg seorg makhluk yg sgt sensitif, mudah terasa & seangkatan dgnnye...kebanyakan laki anggap prempuan ni manja la, ngada2 la...ssh nk ubah persepsi org laki ni...huhu...ni yg t'gerak ati nk share petua kat bawah ni ngan u all...hope kalo ade mane2 laki t'bace pn bleh la jdkn rujukan...wlpn rasenye xde kot laki nk bace blog ni...hahahaha....

Bahagian 1
01.  Sentiasa berdoa agar disayangi.
02.  Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
03.  Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
04.  Berlatih untuk mendengar dengan baik.
05.  Jangan  tergesa-gesa  untuk  menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
06.  Berikan  masa  sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
07.  Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
08.  Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
09.  Beri pujian mengenai penampilan isteri  --  rambut, wajah, pakaian dll.
10.  Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11.  Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12.  Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13.  Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14.  Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15.  Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16.  Bila  sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17.  Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18.  Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19.  Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20.  Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2
01.   Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu  "I love you".
02.   Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
03.   Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
04.   Tolong  terbalikkan  stokin  atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
05.   Tolong buang sampah tanpa disuruh.
06.   Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
07.   Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
08.   Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
09.   Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10.  Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11.  Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
12.  Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13.  Pamerkan  kasih  sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
14.  Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15.  Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
16.  Bila  makan  di  luar,  jangan  harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
17.  Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18.   Beri  perhatian  yang  lebih  pada  isteri   dari  orang  lain semasa dikhalayak ramai.
19.   Lebihkan isteri dari anak-anak.
20.   Belikan  hadiah-hadiah  kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bahagian 3
01.   Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
02.   Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
03.   Masuk  tidur  serentak  dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
04.   Belai isteri sebelum pergi kerja.
05.   Cuba  ketawa  bila  isteri  buat  lawak  atau   bercerita sesuatu yang melucukan.
06.   Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
07.   Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
08.   Lakukan riadhah bersama isteri.
09.   Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.
10.  Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
11.  Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
12.  Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
13.  Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
14.  Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
15.  Sentiasa lakukan ibadah bersama.



Thursday, July 14, 2011

# 26 panduan untuk menjadi suami yang disayangi ,dihormati dan dicintai isteri

1) "Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

2) "Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

3) "Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak (mengongkong) kerana ia menganggu proses perkembangan minda dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

4) "Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

5) "Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan" 

6) "Janganlah suami menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri, walaupun untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak- budakan isteri"

7) "Suami yang kerap pulang lewat ke rumah dengan pelbagai alasan akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

8) "Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

9) "Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan sama ada penampilannya, masakannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

10) "Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

11) "Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

12) "Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

13) "Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

14) "Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dan ahli keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

15) "Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

16) "Suami usah bermata keranjang dan berkawan dengan perempuan lain seperti orang belum berkahwin kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, rendah maruah disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

17) "Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

18) "Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

19) "Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. Sikap tersebut mengenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

20) "Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuhkan kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

21) "Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan sahaja"

22) "Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

23) "Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

24) "Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

25) "Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara, ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

26) "Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".



** cam biase la, renung2 kn & slamat b'amal :)